Friday, May 9, 2008

Pesta Pantun.

*Today's my 100th day here, and in light of the recent developments on this blog,I shall try to summarise my time here in poems, or rather, 'pantun-s'. And, I shall also reply to the unreplied comments from the previous entry.*

Sebelum apply prgramme SEP,
Costs yang diperlu, beribu-ribu.
Aku pun wonder, "Mane nak dapat duit macam gini?"
Nasib baik, kakak aku sayang sama aku!

1oo hari sudah di sini,
Alangkah bahagia kehidupan ini.
Sungguh tenang, sungguh gembira.
Kawan-kawan pula, dari pelbagai negara.

Terlalu bahagia, berada di sini.
Separuh hati, tidak mahu pulang kembali.
Jikalau tidak, kerana mereka yang dikasihi,
Sudah tentu akan stay di sini.

Ibu bapa, yang dicintai.
Adik-beradik, yang amat dikasihi.
Saudara-mara, uncles dan auntie (s).
Sangat sangat, sangat dirindui.

Furqan dan Maryam, dekat di hati.
Sekapur Sireh, selalu diingati.
Shaza juga tidak dilupai,
Dan juga, sesiapa yang ke blog ini!

(My Replies)

To Mas'uud:

Wahai Mas'uud, mengapa cakap begitu?
Janganlah bohong, janganlah tipu.
Kita semua, memanglah tahu.
Dalam semua, kau yang paling rindu aku!

To Badrul:

Bergerak ge giri, ge giri pusing.
Ge giri pusing, sambil membuka topi.
Wahai Cik Badrul, janganlah bising.
Lebih baik diam, sebelum kau kena maki.

(jokeng jokeng, but seriously)


To Jen:

Goyang goyang, kepala goyang.
Salah goyang, masuk longkang.
Performance dikir, sudahla tentu.
Ape lagi,kat wedding Ayu!

To Ayu:

Wedding dalam, 2 bulan lagi.
Insya Allah, kalau takde ape-ape hal.
Eh kau ni, dah hampir jadi isteri.
Jadi sudah, jangan nak menggatal!

To Kak Nana:

Jerome memang belum berpunya,
Tetapi nampak gaya, semua inginkannya.
Memanglah die, idaman dara.
Sayangnya bukan, dari darah kita! (I'm sure you know what i mean!:p)

To Takcakapbesar:

Wahai saudari, nantilah dulu.
Jangan kelam-kabut, jangan terburu-buru.
Jerome belum, berminat kat sesiapa.
Nanti kat Amsterdam, silalah cuba! :P

To HR:

Makan maggi dengan biskut.
Yang penting kenyang, tak sakit perut.
Wahai HR, kau perasan asal?
Takpelah aku percaya kau, KaWan-Nye pasal!

Come on people! I'm waiting for yours!

82 comments:

Anonymous said...

walid dah ajak dk kat wedding
tapi seriously u muz be jokeng
last time dk kena "tengok lah sikit"
itu pengalaman yang perit
ini cerita aku dengar2
dengar2 dari khabar2
khabar disampai oleh mas pasal aku takde
eh siapa on that day main rebana?

Walid said...

Itu pengalaman, yang amat perit.
Begitu jugak, yang aku dengar.
Hari tu aku, kebetulan sakit.
Jadi maaf, tak tahu siapa yang main rebana.

Anonymous said...

Tak kira darah, tak kira bangsa,
Asal baik budi bahasa,
Terima kasih daun keladi,
Kini Jerome bukan pilihan hati..

Dengar khabar ada yang lain,
Budi pekerti baik bukan main,
Siapa jejaka pilihan hati,
Hanya daku menjadi saksi.....

Beribu-ribu di belanjakan,
Untuk masa depan adik kesayangan,
Rezki ini Allah takdirkan,
Sujud syukur jangan lupakan =)

Walid said...

Menuntut ilmu, besar pahala.
Seolah-olah, pergi berjihad.
Insya Allah, sesiapa yang belanja.
Di jalan itu, akan mendapat berkat.

Kakak sebegini, is a dying breed.
Alangkah untungnya, adiknya Walid.
Marilah sesama, kita berdoa.
Agar murah rezekinya, ringan jodohnya!

Anonymous said...

pergi amsterdam dgn niat jihad
perang against anasir jahat
has the "messiah" take steps to cross
cross out the "holy" union and liberate the PROS@#$%^&

Walid said...

Liberating the pros, bukan tugas yang mudah.
Namun demikian, tetap akan diicuba.
Wahai semua, jangan terperanjat.
Kalau semua pros convert to Islam, kerana dorongan Walid Jumblatt!

farhanah sultan said...

Hahaha. Asal kecoh pasal si jerome ahh. Aku tk paham seh. Cerita sikit.:)

And walid,100 days!Lama jugak eh.But tk lama at the same time.

And fana says hello to mr.apostropheeeeee.

Anonymous said...

Eh.Tadi tu aku. As in fanah. Haha. I was signed in tadi. Kental username, i noe.

Anonymous said...

Tanjong Katong airnya biru
Tempat mandi si dara jelita
Sama sekampung lagikan rindu
Inikan lagi jauh di mata

[hahah! ok ok, a more original one..]

Tenang-tenang air di laut
Duduk di pantai aman rasanya
Hati terkenang, Abang Walid disebut
100 hari berlalu, begitu cepat rasanya

Walid said...

Selamat datang, Cik Fana.
Sudah lama, tak dengar berita.
Nama 'sambalar soser' memang kental sekali.
Hampir sekental, orang yang gunakan nama ini!
(Hehe!)

Kalau nak tau, apa ceritanya.
Silalah tengok, the previous entry.
Jerome sangat, diminati wanita.
Sehinggakan Walid, ditolak tepi!

Anonymous said...

pak maun ke kedai membeli roti
roti dimakan cecah dgn kari
abg walid jgnlah kecik hati
seri seri seri seri...

Walid said...

Makan roti, dengan kari.
Yang penting kari, biar ada rasa.
Aku terima, kau punye seri seri seri.
Ini semua hanya, gurau senda sahaja.

Walid said...

Teringat waktu, A-Level dahulu.
Budak-budak physics rasa tersiksa.
Tetapi janganlah, rasa terlalu pilu.
Janji paper korang, bukan 2nd day Raya.

HUH?

Jawab Cik Badrul, jawab!

Walid said...

*to the Malay girl(i think :p)

Hati terkenang, Abang Walid disebut.
100 hari berlalu. begitu cepat dirasa.
Pelbagai perasaan, sedang bergelut.
Tetapi perasaan rindu, yang paling ketara. =)

Anonymous said...

masa dahulu tak usah diungkitkan
yg baik takpe, yg tidak jangan
inginku ingatkan abg walid yg budiman
di sini sudah pun tamat ujian

jadi apa lagi yg kau nak lid
aku sambung nanti takut kau bingit
dahlah gi blajar, masa dah sulit
tak yah main jawab2, tak yah nak berbelit-belit

dah ah aku menang!

Walid said...

Belajar untuk exams, tak menjadi masalah.
Malah ia, perkara yang ku suka.
Jadi tak usah lah, hendak mencuba.
Kau takkan, buatku marah.

Masa dahulu, kau tak mahu diungkitkan.
Akanku lakukan, seperti demikian.
Marilah kita, tukar cerita.
Boleh tumpang tanye, untuk team kita, siape top scorer?

Anonymous said...

Yang paling rindu kau? damn, this guy's good,
Tapi ini tidak bermakna ia berkekalan,
Pasal Manusia memang senang berubah mood,
Kalau masih nak dirindu kurangkan ngada2 tuan!

Just kidding... but seriously.

Walid said...

Ngade-ngade, cume gurau biase.
Takkan sensitive nah, nak amek hati.
Wahai Cik Masterr, finally kau appear.
Baru sekarang, ade competitor yang worthy!

(Haha, to the the rest. Jokeng jokeng. Hehe.)

Anonymous said...

Jaringan gol memang susah nak dapat,
Lagi-lagi kalau kene jadi penjaga gawang.
Top scorer skarang, jangan gembira sangat,
Next week team adek aku kite lawan!

Walid said...

Computer Aini, telah pun diperbaiki.
Kerana itu, HR sudah di sini.
Wahai sahabtku, janganlah macam gini.
Ape, nak jadi top scorer nye pasal sanggup pakai tactic dengki?

Anonymous said...

Top scorer nye pasal, anything will do,
Impian golden boot diburu-buru.
Tapi lagi rabak masa dahulu,
Pasal mario nye high score, datang skolah hari Sabtu..

Walid said...

Mario nye pasal, datang hari Sabtu.
Malangnya lounge tutup, ku terasa pilu.
Super Collapse, juga idaman kalbu.
I hate to say this, but for both, top scorer was aku!

Anonymous said...

Mario dan Super Collapse idaman kalbu,
Tapi siape top scorer tak menjadi issue.
Takraw juga dimainkan selalu,
Tekong handalan, siapakah dia tu?

Anonymous said...

kaukat amsterdam ape nk pilu
pae kau pikir kite termimpi2?
kau top scorer? nanti dulu
pasal hang ah hang ah kita dh jampi

Walid said...

Tekong handalan, tak dinafikan.
Semua orang, tahu siapa dia.
Cuma yang masalah, permainan yang putuskan persahabatan.
Permainan babi, boleh bikin orang jadi gila!

Walid said...

Jampi bukan sebarang jampi.
Jampi 'Hang Ah", diketuai Fazli.
Eh kawan-kawan, dah lain macam ni.
Asal asyik keluar, semua joke TPJC???

Anonymous said...

mendongak ke langit melihat awan
meletakkan azam semangat yang jitu
permainan babi buat kawan jadi lawan
eh asal ade oink2 kat situ?

Anonymous said...

diam2 ubi berisi
miang2 si daun keladi
wah korang sume makin menjadi
dalam diam sindir sesama sendiri

Anonymous said...

joke TPJC ke joke Sekapsir ape dipeduli

yang penting kita enjoy kita happy!!

Walid said...

Sindir menyindir, perli memperli.
In sudah, menjadi adat.
Yanga penting, semua jangan amek hati.
Now, the fun things will really start!

Anonymous said...

tuan master sukakan pengat
lagi2 yg dibuat oleh si montel
dengan muka penuh semangat
itu dia jing dong hotel!

Anonymous said...

parang diasah guna untuk menetak

menetak binatang terkena di dada

fav line mohsin a..aku tak bleh angkat sak

bile ditanye tentang sesedara, mana ada?!!!

Anonymous said...

langkah silat berlipat2

tu yg aku fav tu yang aku suka

bila ditanya tentang untung yang dapat

aku main2 je, tu pon nk percaya!

-baik ah.. kene kan diri sendiri-

Anonymous said...

ayam berlari di padang terkukur,

tu training agar die kuat bersabung,

ok ah lid aku mohon berundur,

lepas melaka kita sambung!

Walid said...

Lee Kuan Yew pandai, dikatakan kerana dahi.
Dahi yang luas, sangat luas sekali.
Aku memang tak boleh stand benda mushy.
"Muhd Haikal Bin Mohd Harun, you'll always be a part of me, indefinitely!"

eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!!!!

Anonymous said...

Pesta pantun hangat sekali,
Patik mohon tumpang sekaki,
Cerita lalu diungkit kembali,
Kerana itu mencuit hati.

Sekapur sireh nama diberi,
Ceritanya panjang mengikut histori,
TPJC tempat diterokai,
Kerana tak daput masuk TJC.

(haha.....jangan marah, nanti kena jual)

Anonymous said...

(Pantun pro)
Jodoh pertemuan di tangan Illahi,
Tiba masa InsyaAllah diperolehi,
Banyak nikmat sudah diberi,
Ujian ini tenang ku hadapi.
Wahai saudara & teman sekalian,
Dengarlah cerita ku ini,
Hidup susah ada senang kemudian,
Jika iman & taqwa di sanubari.

(Pantun jenaka)
Kata Pak Maun nak pergi masjid,
Tapi masjid sudah dirobohkan,
Siapa di sini yang rindukan Walid,
Nanti 21May di airport saya sampaikan.

Rizhan said...

Pantun melayu maknanya dalam,Pantun arab langsung tak paham.Sejak biler walid suka berpantun?,Dulu kat kelas Malay A tak macam gini pun.

Walid said...

To Rizhan:

Pantun Arab, susah nak faham.
Namun demikian, sedap didengar.
Dulu kat kelas, tak tunjuk bakat terpendam.
Kerana sedang, sibuk belajar.

Walid said...

To TJC-ian:

Tumpang sekaki tak jadi masalah,
Kita orang, yang menghormati tamu.
Berani berpantun, tak berani letak nama.
Tapi tak mengapa, TJC-ians memang selalu begitu.

TPJC memang diterokai,
Tentang sebabnya, banyak sekali.
Tak dapat masuk TJC?
Mari kita compare O'level, A'level results dan CAP, kalau berani.

(No jokeng. Seriously)

Anonymous said...

Nak compare results daku tak sudi,
Nanti riak disanubari,
Kenapa nama hendak diberi,
Darah mengalir di dalam diri ;-)

Dari TKSS ke TJC,
Terus sambung ke universiti,
Harap kini dimaklumi,
Siapakah penulis pantun ini ;-)

Walid said...

Riyak and takabur, penyakit hati.
Harus dicuci, harus dibuang.
Sekarang dah jelas, siape TJC-ian ini.
Saya ucapkan, selamat datang.

Walau dari JC mana dahulu.
Yang penting semua, sampai ke menara gading.
TPJC baik, TJC pun begitu.
Jadi tak usahlah, hendak berbanding-banding.

Anonymous said...

Father christmas tu jesus father,
Wak hassan bukan bapak the hassan,
Ape hal ni semua tak nak kalah ke?
Takkan nak jadi Takkalah Tan.

Pantun banyak tak semesti worthy,
Yg penting adalah dia nye quality,
Mmg kat sini tak amik hati,
ape kau ingat aku mcm bad pe kecil hati?

A Top scorer is nothing without the assists,
Mario ngan super collapse permainan anak keladi,
Titles i dun care but since you insist,
I wanna know who King of Taitee?

Walid said...

Semua orang cakap dorang Taitee king,
But ultimately, they are all joking.
Wahai Masterr, if you wanna know the true king.
Ingat tak dulu, ape jadi kat Burger King?

Anonymous said...

kat Burger King kita main 4 orang,
Ade dua jokers yang main sembarang,
Tapi kat rumah kau kita dua terang-terang,
Ape dorang takde to screw up my game je kau goyang?

Anonymous said...

Orang Arab suka berdagang,
Adat mereka berzaman-zaman,
Kepada Rizhan teman seperjuangan,
Ahlan Wa Sahlan kami ucapkan.

You came back just to see Walid,
Till today I still can't believe it,
A friend in need is a friend indeed,
Definitely you have live up to it ;-)

Anonymous said...

masterbjud nama timangan diri
masterple'ot nama tak leh resist
bila masa aku senang kecil hati
tapi aku stuju bila kau cakap pasal assist

Anonymous said...

Tribute to good fren....

Masu'ud Ibnu Samsuddin nama diberi,
Baik akhlak & budi pekerti,
Sungguh bertuah adikku kini,
Dapat teman akrab baik sebegini.

Tiap minggu datang ke carpark,
Untuk startkan motor 'lepak',
Rupa ada gaya pun ada,
Siapa berminat sila tanya pada saya ;-)
(25% ..........)

Anonymous said...

Syukran jazilan lakum ya ukhtii,
Panaskan motor mudah bukan hari2,
Akhlak biasa rupa mcm minami,
Ade ramai kawan walid lain yg lagi byk berbudi.
Betul tak ji?

Fa hassin bihi akhlaqana,
Wa bayyidh bihi wujuhana,
Janganlah cerita pasal kebaikan ana,
Pasal lebih byk lagi keburukan yg di ada.

Anonymous said...

IS THAT THE RECORD NUMBER OF COMMENTS SO FAR!!! 49....

Rizhan said...

(To: geminigal) Rasa berat sungguh di hati, Untuk tinggalkan bumi Baginda Nabi,Tiket kapal terbang mahal harganya, Untuk pulang ke singapura Beratus-ratus dolar telah dihabiskan, Untuk berjumpa dengan seorang teman,Hilang duit boleh dicari, Hilang teman,sukar dicari ganti.

Walid said...

Dari Madinah, ke Singapura.
900 dollar, Rizhan habiskan.
Semata-mata, untuk jumpa temannya.
Inilah sebenar-benar persahabatan.

Rupa ada, gaya pun ada.
Mas'uud teman, yang tiada bandingannya.
Terhutang budi, sehingga mati.
Tehadap Mas'uud, teman sejati.

Haji dan Badrul, overnight di sekolah.
Setakat untuk, webcam dengan Walid.
Nak dapat kawan sebegini, amatlah susah.
Truly, this friendship is great.

Terlalu bersyukur, rasa di hati.
Rasa bersyukur, ke hadrat ilahi.
Diberikan teman-teman sebegini.
Moga termasuk dalam, 7 golongan yang disebut Nabi (s.a.w).

Di Amsterdam Centraal, ramai orang.
Pelbagai warna, pelbagai bangsa.
Wahai Kakak, jangan bimbang.
Untuk Mas'uud, Walid ada calon baginya!

Mak Minah mebeli-belah,
Membeli-belah di kedai Pak Ali.
Wahai Aizat jangan tersalah,
Sila rujuk, kepada entry TPJC.

Anonymous said...

100 hari walid di barat
namun tetap, bahasa belum karat
satu entry berkerat-kerat
pakai pantun, pun sempat berdebat
minda walid memang cepat
tapi kawan2nya tak kurang hebat

kawan2 memang ramai
skapsir aje dua tangan boleh kira
tapi ada yang tanak berdamai
dari kawan jadi impostor

newcastle kalah ngan derby county
kat st james' pun setakat seri
nak tau sape tulis pantun ini
"someone get me a new job" said tohari

no offence ah lid
season dah abis kita boleh kawan balik
man u menang epl pun bukan sendiri
terima kasih newcastle, 11 go1 diberi

Walid said...

Jasad sahaja berada di barat,
Hati sentiasa berada di timur.
Wahai Ashraf, yang tak kurang hebat.
Marilah bersama, kita berhibur.

Kalah menang, adat permainan.
Tak jadi masalah, kalau kalah dengan team top-flight.
Tak silap aku, oleh Coventry Man U dikalahkan.
Biar betul, you must be kidding right?

Burung terbang, dipipiskan lada.
Don't count ur chicks before they are hatched, brother.
Titus Bramble, diharapkan hamba.
Untuk stop Man U, dari menjadi juara.

Liverpool fans pula, jangan ketawe.
Melihatkan Man U, dibelasah Coventry.
Izinkan aku, ingatkan semue.
Liverpolol kalah, di tangan Barnsley!

Anonymous said...

Further tribute to frens....

Haikal aka Haji dikenali,
Teman sejati dari secondary,
Semangat berkobar nak pergi amsterdam,
Satu expo kita pergi 'ram'.

Suaranya merdu bila berzikir,
Hati gelisah terasa hibur,
Dengar khabar nak pergi Canada,
Ada chance saya boleh ikut saudara? ;-)

Anonymous said...

bermalam di sekolah untuk blaja
sambil berwebcam sesama teman sejati
rambut kusut tapa, tak berbaju pun tapa
asalkan jgn stakat pakai tuala mandi

malam ini malam penentu
siapa menang, siapa pilu
dgn yakin, dgn smangat jitu
inginku katakan manu terus maju

Anonymous said...

To all those who have visited this blog.......

Ya rabbal `Al Amin,
Salli `ala Tahal amin,
Fi kulli waqtin wa hin,
Waghfir li wal muslimin.

;-)

Anonymous said...

wahahahahha....


Hari hari ayu tengok kalendar
56 hari akan tiba tak lama lagi
Wahai encik walid, janganlah marah
Bukan nak menggatal, sajer menghiburkan hati!

hahahahahahahhahaha


Pisang goreng pisang tanduk
Pisang dibeli di kedai apek
Adakah betul korang akan duduk
buat dk kat wedding aku, ada korang bedek????

Apek jual pisang punyerlah mahal
Lagi mulia beli pisang plastic
kalau korang nak, silakan saja
Asalkan korang dapat menghiburkan hati~~

ohohohohohohohoh

Anonymous said...

tutup sudah tirai persada liga
great entertainment, great effort
tidak hairanlah siapa yg juara
tidak lain tidak bukan, MANCHESTER UNITED!!!!!

YYAAAAAAAAAARRRRRGGGHHHH!!!!!

Walid said...

Terasa pasrah, di dalam hati.
Man U menjadi juara, buat kesepuluh kali.
Ingin sahaja, berhenti dari bolasepak sama sekali.
Eh siapa tahu channel ape ade tunjuk rugby?

Walid said...

Ayu dah kasi green light, untuk perform dikir.
Di wedding-nya, dalam 55 hari.
Kawan-kawan, tak payah nak fikir.
Ini chance untuk korang, make up for wedding anak Saini!

(Only this time, aku betul-betul takde ah. Eh dulu pun aku betul-betul takde jugak.)

Anonymous said...

Menunggu hari yang hampir tiba
di mana mahligai akan dibina
Wahai kekawan, aku tak kisah
janji tetamu tak lari sudah!
Kalau korang betul nak buat dk
Bilang siang siang, aku suruh semua "tengok ah sikit"!

Anonymous said...

betul semarak betul lively
berbalas pantun dalam blog ini
setelah dua hari aku kembali
mewarnakan lagi persada seni

aku tak kisah overnite lepas paper
nie sume kawannye pasal
janji bila kau balik kau belanjer
beli ape2 janji jgn menyesal

wahai geminigal jgn puji terlalu tinggi
kerana byk cacat cela dalam diri
insya Allah ke Canada bulan lapan ini
kalau nk ikut, apalagi..

penalti baik jaringan owen
sayang newcastle tetap kalah
under big sam tak mcm bolton
under king kev sama jugak tak salah..

Walid said...

Alangkah terpesongnya, pendapat Haikal ni.
King Kev is buliding empire sendiri.
Rome wasn't built in a day.
So lain kali jangan comment merepek-merepek lah dey!

Anonymous said...

title race mmg down to the wire
leaving audience gasping and stare
dh 10 thn aku dengar build empire
tapi bile nk angkat silverware

Walid said...

10 tahun sedang build empire,
Padehal Rome dibikin dalam masa yang lagi lama.
Football is more than just about silverware brother.
Newcastle take pride, in being entertainer(s)!

Anonymous said...

lepas bola, ade rugby dan basketball
tapi confirm tgk tak kenal sape2
kau pikir football is football,
for u it's a different football kape?

Walid said...

Football for everyone is the same,
Football is where anything can happen in the game.
So jangan terperanjat kalau next year,
Newcastle menang league, Keegan manager of the year!

Anonymous said...

9 haribulan lapan hari lahir negara,
Hiba rasa untuk meninggalkan saudara,
Niat di hati memang nak ke Canada,
Tapi malangnya tiada sponsor berada.

Malas sungguh nak pergi kerja,
Fikiran melayang ke Amsterdam sahaja,
7 hari lama ku rasa,
Bagai orang yang mabuk cinta.

Anonymous said...

Walaupun bola sudah tak ku ikuti,
Namun Man-U tetap mekar di hati,
Lupakan saja kumpulan yang lain,
Kerana juara tetap juara walaupun tak main ;-)

Anonymous said...

pak malau ke kedai membeli kain pelekat
tidak lupa juga kerusi dan meja
kevin keegan memang bagus, ada bakat
tapi jgn terperanjat kalau next season tukar lagi manager

Walid said...

Kevin Keegan bagus, ada bakat.
Tak mungkin next season, tukar manager.
Man U fans, takkan korang tak ingat?
Under Keegan, Newcastle led Man U by 12 points at December!

Walid said...

7 hari, lama dirasa.
Bagi orang yang mabuk cinta.
Tak usah gelisah, rasalah gembira.
Hanya berapa hari, hingga ke Eropah!

Anonymous said...

masuk ke tandas memakai terompah
lepas pakai jgn letak ke mana2
7 hari lagi akan ke eropah
kirimkan salam buat kawan di sana

singgah sebentar di kuala berang
sambil minum buah kelapa
geminigal nk holiday ke negeri orang
flight details takde kapa?

Anonymous said...

Pergi ke Europa bertemu adikku,
Sambil berhibur bersama keluarga,
Flight details ada di emailku,
Nanti di beri kepada saudara ;-)

Usah susah payar hantar ke airport,
Sampul berisi Euro sudah memadai,
Tak perlu banyak seperti menang jackpot,
10 Euro pun ku hargai ;-) (lepas 2 meals)

Walid said...

Tanam pokok di taman Mak tipah.
Untuk tumbuh, pokok perlukan baja.
Wahai kakak, jangan tersalah.
10 euro lepas 1 meal saja.

Anonymous said...

Pergi pasar beli ikan,
Untuk masak lauk kari,
Wahai adik kakak berpesan,
Start puasa dari ini hari......

Di Singapura makan mewah,
Berlagak sungguh macam orang kaya,
Di Europe kita merendah,
Dah bagus kalau dapat roti dengan kaya.....

;-) haha......to de-stress while doing work now

Walid said...

Pesta pantun, macam dah basi.
Looks like it's time, for a new entry.
Jangan takut, aku belum terlupe.
Next entry; episode 2 of chronicles of the imposter.

nana said...

hey i juz saw yr 'personalised' pantun to me! on second tots kan, si jerome tu kurang hansem la...current flavour of the month...turkish delight :P

Walid said...

Haha, Turkish delight? Hmm...I've not been up tp date. Can someone please keep me in the know???

Anonymous said...

hari gemilang, titik bersejarah
tahun ini menjadi juara berganda
they wont make it, dats wat many ppl said
i dont want to say this but, i told u so lid

Walid said...

No comments.